• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Lama Ditemui Di Perkampungan Ulu Kedup

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARIKEI – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif ditemui di kawasan perkampungan Ulu Kedup Jalan Agriculture dekat sini oleh seorang pekebun pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang berkata bom itu ditemui dalam keadaan berkarat berukuran 43.18 sentimeter panjang; ukur lilit 35.56 sentimeter dengan berat antara satu hingga dua kilogram.

Menurutnya, semasa ditemui, masih terdapat wayar berwarna merah dan hitam bersambung pada badan bom itu.

Katanya, pengadu berusia 55 tahun yang tinggal di kawasan tersebut telah menemui bom tersebut semasa membersih sungai daripada sisa-sisa bahan kerja-kerja membaik pulih jambatan berhampiran lokasi bom itu ditemui dan membuat laporan polis pada 8.15 pagi semalam.

“Pasukan dari Unit Pemusnah Bom IPD Sarikei telah digerak ke lokasi untuk pengesahan dan tindakan lanjut. Bom tersebut dimusnahkan pada tengah hari Isnin,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini kali kedua penemuan bom di kawasan berkenaan, kali pertama adalah pada November lepas.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi butir bom masih lagi aktif serta tertanam di dalam tanah di kawasan tersebut. Oleh itu kita minta orang ramai yang terjumpa objek-objek menyerupai bom segera melaporkan kepada polis untuk tindakan segera.

“Jangan cuba nak sentuh atau mengalih objek itu kerana dikhuatiri boleh meletup. Perubahan suhu dan cuaca persekitaran juga menyebabkan berlaku letupan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bom Lamapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd