• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bahagian Cawangan Khas Mati Jatuh Bangunan

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, di sini hari ini dipercayai terjatuh dari bangunan hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 4.45 pagi selepas dihubungi pekerja hotel berkenaan yang memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap di atas jalan di situ.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu ialah seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 47 tahun dan bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Arwah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 19 tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu pergi ke sebuah pusat karaoke bersebelahan bangunan hotel berkenaan untuk menyambut hari jadi rakannya yang juga seorang anggota polis bertugas di Kontinjen Polis Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal, polis menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Che Zaimani berkata pemeriksaan lanjut di tingkat empat bangunan yang sama, polis menemui kesan koyakan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang.

“Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan mangsa terjatuh dari tingkat dua atau tingkat empat bangunan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah luka di kepala dan dada serta sebelah tangan kanan patah dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di kepala dan dada akibat jatuh dari tempat tinggi dan setakat ini polis klasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Beliau berkata terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat kejadian yang menunjukkan mangsa telah jatuh, namun pihak polis masih menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: jatuh bangunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd