• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Izzah, Hassan Karim Tolak Jawatan Pengerusi PKR Johor

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGOTA Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menolak pelantikan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Johor berkuat kuasa hari ini selepas dipertikaikan.

Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau percaya PKR perlu meminda perlembagaannya berhubung fasal pemilihan dalam pelantikan tersebut.

“Pemilihan saya sebagai Pengerusi MPN Johor turut dipertikaikan.

“Jadi adalah wajar saya meletakkan jawatan. Pengerusi baru perlulah dipilih secara lebih demokratik dan telus selaras dengan prinsip perjuangan reformasi Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri.

Ini termasuk pelantikan anak presidennya, Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Tidak lama kemudian Nurul Izzah mengumumkan beliau meletakkan semua jawatan termasuk naib presiden PKR.

Menurut Hassan beliau akan kekal menyokong kerajaan sedia ada meskipun menolak jawatan sebagai pengerusi PKR negeri.

“Saya dengan rasminya menolak perlantikan (pengerusi PKR negeri) tersebut berkuatkuasa hari ini.

“Saya kekal sebagai ahli biasa Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Pasir Gudang (Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat)

“Saya akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen.

“Saya juga akan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya. – Malaysiakini.com

Tags: Hassan Abdul KarimPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd