• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DuitNow, Cara Baru Untuk Buat Pembayaran

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima, kini dilancarkanmelalui saluran perbankan Internet dan/atau Mudah Alih bank-bank berikut:

1. Ambank (M) Berhad
2. Bank Islam Malaysia Berhad
3. Bank of China (Malaysia) Berhad
4. BNP Paribas Malaysia Berhad
5. CIMB Bank Berhad
6. Citibank Berhad
7. Hong Leong Bank Berhad
8. HSBC Bank Malaysia Berhad
9. Malayan Banking Berhad
10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
11. Public Bank Berhad
12. RHB Bank Berhad
13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Susulan daripada pelancaran ini, rangkaian institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan DuitNow akan diperluaskan dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

Pelanggan yang ingin menerima pemindahan wang melalui DuitNow dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka perlu melakukan pendaftaran satu kali sahaja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka. Pelanggan juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor Pasport atau nombor Pendaftaran Perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada jutaan rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk DuitNow bagi membolehkan mereka menerima wang dengan menggunakan nombor telefon bimbit dan nombor MyKad mereka,” kata Encik Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pengendali DuitNow.

Pelanggan bank kini boleh melihat, mengubah suai atau memindahkan pendaftaran DuitNow mereka melalui saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih di 14 buah bank. Bagi memastikan kemudahan kepada pelanggan, bank-bank di Malaysia telah bekerjasama supaya pelanggan dapat melihat pendaftaran mereka di semua bank apabila mereka mengunjungi Perbankan Internet atau Mudah Alih mana-mana satu daripada bank mereka.

Pemindahan wang sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS). Pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab DuitNow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih bank masing-masing. Sesetengah bank juga akan mengetepikan caj transaksi DuitNow bagi pemindahan wang yang melebihi RM5,000.

“DuitNow merupakan fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruktur pembayaran runcit di Malaysia. Usaha ini bertujuan memperkenalkan satu platform yang kos efektif, efisyen dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru bagi menyampaikan cadangan nilai pelanggan yang unggul,” tambah Encik Schiesser.

Bersempena dengan pelancaran DuitNow, satu peraduan akan dijalankan di seluruh negara bermula pada 8 Januari 2019, di mana pelanggan bank yang telah mendaftar untuk menerima wang melalui DuitNow akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai jutaan Ringgit. Peraduan ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan DuitNow dan memupuk amalan tanpa transaksi tunai.

Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut.

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my, atau hubungi:

SUMBER: Payments Network Malaysia (PayNet)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Amy Pang
Tel: +603 2264 8689
Emel: [email protected]

–BERNAMA

Tags: bayaranDuitNow
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Guru Mengeluh Upah Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima

Guru Mengeluh Upah Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima

23/06/2023
0

PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 mendakwa masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd