• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bahagian Boleh Buat Usul Berkaitan Jawatan Presiden Parti

oleh
16/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak tidak akan menghalang mana-mana bahagian di negeri itu untuk membuat usul tergempar bagi menentukan nasib Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata prosedur tersebut dibenarkan selain termaktub dalam perlembagaan parti.

“Kalau ikut perlembagaan parti, kita tidak akan halang namun kita yakin di Perak, perkara tersebut takkan berlaku,” katanya pada sidang media di bangunan UMNO Perak, di sini, hari ini.

Semalam, bekas calon Presiden UMNO yang tewas dalam pemilihan, Khairy Jamaluddin, mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Presiden dengan segera.

Anggota Parlimen Rembau itu turut menegaskan desakan dibuat kerana krisis kepercayaan dalam kalangan anggota parti terhadap Ahmad Zahid semakin meruncing, dengan semakin banyak pemimpin dan ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti.

Saarani berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan drastik beberapa anggota Parlimen UMNO yang meninggalkan parti selain tidak menolak ia menjurus ke arah kepentingan peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani turut mendesak bekas anggota Parlimen dan ADUN UMNO di Perak yang keluar parti meletak jawatan kerana mengkhianati amanah diberikan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Secara moralnya, mereka hendaklah melepaskan jawatan anggota Parlimen itu untuk membolehkan rakyat membuat pilihan semula. Mereka dipilih dengan jelas atas kapasiti selaku wakil calon daripada UMNO dan Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Saarani Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Rangka Jadi Pembekal Makanan Utama

20/09/2017
0

IPOH - Perak sedang merangka pelan tindakan untuk merealisasikan sasaran menjadi sumber bekalan makanan utama di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa...

Anggap Nga Kor Ming ‘Salah Alamat’ – BN Perak

05/06/2017
0

IPOH - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd