• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Emas Kerugian RM200,000 Disamun Hanya 2 Minit

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim dekat sini, mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hanya dalam tempoh dua minit selepas disamun dua lelaki bersenjata, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 2.50 petang apabila salah seorang suspek yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol serta tukul besi masuk ke premis tersebut.

“Semasa kejadian, terdapat empat pekerja termasuk pemilik kedai dan dua pelanggan berada dalam premis tersebut. Suspek yang masuk ke dalam kedai mengeluarkan tukul besi yang disimpan dalam beg galas sebelum memecahkan cermin kaunter pameran (emas).

“Pemilik bertindak mencucuk badan suspek menggunakan rotan dari ruang dalam kedai bagi mengusir suspek namun suspek terus mengambil barang kemas di kaunter pameran sebelum keluar dari kedai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika melarikan diri, Adzli berkata suspek sempat melepaskan dua das tembakan ke arah pemilik kedai namun peluru tersebut terkena besi dalam premis berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri dengan seorang lagi rakannya yang menunggu di luar kedai dengan menaiki motosikal, katanya.

Beliau berkata polis masih memburu penjenayah terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana samun dan melepaskan tembakan. – BERNAMA

Tags: Disamunkedai emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

18/06/2024
0

Kajang : Pemilik kedai emas yang dirompak empat 'pengawal keselamatan' bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd