• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Pukul Pemandu Bas Rapid Penang

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki kerana menumbuk dan meludah seorang pemandu bas Rapid Penang selepas berang tidak dibenarkan menaiki bas itu dalam kejadian di Lebuh Macallum, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, bas berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Bandar Sri Pinang menuju ke Komtar sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum.

“Ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, seorang lelaki mengetuk pintu bas untuk menaiki kenderaan tersebut. Pemandu bas itu bagaimanapun enggan membuka pintu kenderaan kerana lokasi tersebut bukan tempat perhentian dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Suspek kemudian pergi ke bahagian pintu pemandu bas itu dan berlaku pertengkaran. Suspek kemudiannya kembali ke pintu masuk dan cuba untuk membuka pintu tersebut dari luar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek berjaya membuka pintu itu dan kemudiannya terus meluru ke arah pemandu bas sebelum meludah serta menumbuk muka mangsa selain mengugut untuk mencederakannya.

Che Zaimani berkata pemandu terbabit bertindak mengunci pintu bas itu dan tindakan berkenaan telah menyebabkan suspek tidak dapat keluar sebelum pemandu terus memandu kenderaan itu ke stesen bas di Pengkalan Weld, di sini.

“Suspek yang berusia 46 tahun itu berjaya ditahan oleh polis bantuan bas Rapid Penang sebelum dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederan. – BERNAMA

Tags: pukulRapid Penang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

01/10/2025
0

Ampang Jaya: Lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut ingin menikam bekas tunangnya di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di...

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

20/06/2025
0

Tanah Merah: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam. Mangsa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd