• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambank Lancar CX Untuk Penuhi Keperluan Pelanggan

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Customer Experience (CX) oleh Kumpulan Ambank yang dilancarkan Jumaat malam, akan menjadi platform bagi membangunkan budaya memahami kehendak pelanggan.

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Kumpulan AmBank, Syed Annuar Syed Ali, berkata pelancaran CX di sini adalah untuk mereka cuba membangunkan budaya memahami apa dimahukan pelanggan dan bagaimana mereka dapat memenuhi keperluan itu.

“Kadang-kadang pelanggan mahukan perkara yang mudah, justeru kami akan memberi perhatian kepada pelanggan dan mesra dengan mereka supaya dapat memenuhi keperluan asas mereka,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu majlis Rumah Terbuka Krismas Wilayah Sarawak Kumpulan AmBank, di sini.

Katanya, di cawangan mereka bukan sahaja menyediakan perbankan dalam talian dan perbankan digital tetapi juga cawangan fizikal, begitu juga di bahagian lain di Sarawak

“Apabila pelanggan datang, kami akan memastikan mereka berasa ada orang di cawangan berkenaan yang mengendalikan dan melihat keperluan mereka.

“Kami mesti memastikan bahawa segalanya lancar dan pelanggan gembira dengan layanan diberikan,” tambahnya.

Katanya, pentingnya mengendalikan keperluan pelanggan adalah satu lagi sebab kenapa CX ditanam menjadi budaya Kumpulan AmBank

“Ia sebahagian DNA kami, supaya mempunyai sifat semula jadi untuk kami mampu memenuhi keperluan pelanggan,” katanya

Terdahulu, Kumpulan AmBank melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan merayakan sambutan berkenaan bersama anak pasukan tentera di Jalan Upland.

“Kami cuba memenuhi permintaan mereka, dan kami juga memberitahu mereka bahawa kami bukan sahaja bank, tetapi bank yang mengambil berat akan mereka,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: AMBANKpelanggan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Rafah Ditutup, 2,500 Penduduk Gaza Tidak Dapat Tunai Haji

Ejen Insurans Ugut Bunuh Pelanggan Ditahan

14/06/2024
0

BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas...

Pekerja Restoran Dipukul Pelanggan Ambil Lauk Dengan Tangan

Pekerja Restoran Dipukul Pelanggan Ambil Lauk Dengan Tangan

17/03/2023
0

PUTRAJAYA: Gara-gara menegur pelanggan mengambil lauk dengan tangan seorang pekerja restoran dibelasah tiga lelaki di Cyberjaya kelmarin. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd