• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti, termasuk dalam isu berkaitan desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan.

Bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya penyelesaian itu juga sedang difikirkan oleh Ahmad Zahid dan dalam masa sama, pelbagai pihak juga mengutarakan pendapat mereka dalam memastikan kelangsungan UMNO.

“… apa formula dan apa caranya, bagi sedikit masa untuk semua pihak memikirkan apa jalan sebaik-baiknya. Kita belum mendapat rumusannya secara konsensus tapi dalam masa terdekat ini, kita cari satu formula untuk keluar daripada kemelut ini.

“Saya akui keadaan ini agak genting dan serius serta memerlukan satu penyelesaian yang boleh diterima oleh sebahagian besar anggota UMNO,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan komuniti nelayan di Jeti Sungai Miang di sini, hari ini.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai desakan anggota dan pimpinan UMNO supaya Ahmad Zahid meletak jawatan, ekoran tindakan ramai wakil rakyat, pimpinan Bahagian dan anggota UMNO keluar parti.

Beliau menambah dalam keadaan ini, matlamat utama yang perlu didokong semua pemimpin dan anggota parti adalah untuk memastikan UMNO tidak terkubur dan kekal sebagai sebuah parti politik.

“Kekuatan kita masih ada… kekuatan kita dalam bentuk anggota yang hampir tiga juta orang dan 22,000 cawangan di seluruh negara. Tidak ada parti politik lain yang ada rangkaian kekuatan akar umbi seperti UMNO dan itu yang perlu kita pelihara,” katanya.

Najib dalam ucapannya juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah dan mempunyai roh perjuangan bagi membangunkan semula parti, kerana terlalu banyak jasa telah disumbangkan semasa menjadi kerajaan.

Beliau menyifatkan perjuangan itu tidak boleh dihentikan selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu kerana rakyat sudah pasti dapat membuat penilaian yang baik selepas ini.

“Kita terima kekalahan pada PRU14 tapi jangan tinggalkan perjuangan. Jangan fikir esok sudah tiada masa depan. Ini putaran roda… tidak mengapa kerana hari ini adalah hari mereka, tapi esok insyaAllah mungkin hari kita jika kita istiqamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakformula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd