• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa, Abang Inspirasi Bagi Pelatih Terbaik Latihan Luar Asas Kepolisan

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bapa dan tiga abang menjadi inspirasi buat Kadet Sarjan Aznor Zainal memajukan diri dalam bidang kepolisan sehingga terpilih sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar dalam Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Sarjan.​​​​​​​

Aznor, 26, yang bertugas di Bahagian Hal Ehwal Pesara Bukit Aman dengan pangkat Konstabel Sokongan sejak 2015, berkata beliau menyertai latihan itu bagi mengembangkan kerjaya selain menerima suntikan semangat daripada tiga abangnya yang merupakan anggota tentera dan bapanya seorang pesara tentera.

“Kami enam beradik kesemuanya lelaki, tiga abang saya tentera manakala dua adik masih belajar. Saya nak kelainan daripada mereka dan pilih untuk menyertai pasukan polis…saya bersyukur dipilih sebagai pelatih terbaik latihan luar.

“Kata-kata semangat bapa kepada saya, ‘kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat’ menyuntik semangat untuk saya buat terbaik dalam semua latihan yang diberikan terutama melibatkan latihan fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Sarjan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini.

Sementara itu, Kadet Sarjan Alecstew Anak Tan, 27, dan Kadet Sarjan Nurul Suhada Aziz, 31, masing-masing dipilih sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Terbaik Akademik.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Datuk Mohd Haniff Hanuddin ketika menyampaikan amanatnya mengingatkan kesemua anggota supaya melaksanakan tugas dengan amanah, tegas, berhemah agar harapan keluarga, masyarakat dan negara tercapai.

“Jangan sekali-kali mendekatkan diri dengan gejala penyelewengan seperti penyalahgunaan kuasa, terjebak dengan aktiviti jenayah, mengamalkan gaya hidup mewah, rasuah yang boleh merosakkan kerjaya seterusnya menjejaskan imej pasukan,” katanya.

Program sembilan bulan itu disertai 153 pelatih yang tamat latihan hari ini. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd