• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Jelebu Dan Jempol Nafi Akan Tinggalkan UMNO

oleh
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua anggota Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO dalam masa terdekat seperti mana yang tular di media sosial.

Kedua-dua mereka, anggota Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan anggota Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif sebaliknya, berpendirian untuk kekal berjuang bersama parti yang diwakili mereka.

“Tidak benar dakwaan itu. Saya masih lagi dengan UMNO. Ada pihak yang tidak senang dengan perpaduan UMNO dan hampir berjaya untuk meruntuhkannya.

“Saya harap anggota Parlimen dan pemimpin UMNO yang berbaki ini terus istiqomah,” kata Jalaluddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Salim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol ketika dihubungi pula berkata terpulang kepada pihak tertentu untuk membuat andaian kononnya beliau akan keluar daripada UMNO.

“Tidak betul berita berkenaan. Itu hak masing-masing untuk membuat andaian,” katanya ringkas.

Hari ini tersebar senarai enam anggota Parlimen UMNO termasuk Jalaluddin dan Mohd Salim serta Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang akan meninggalkan parti.

Ikmal Hisham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bagaimana pun telah mengumumkan keluar UMNO dan menjadi anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta, hari ini. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd