• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sabah: Bersatu Belum Ada Kata Putus

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan muktamad sama ada mahu menerima atau menolak bekas pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti semalam.

Ketua Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan parti prokerajaan Pakatan Harapan (PH) di Sabah sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

“Kita bagi sedikit waktu untuk pucuk pimpinan membuat keputusan, ada lagi beberapa fasa yang perlu kita lihat, kita akan maklum sejurus keputusan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan UMNO negeri Sabah termasuk pengerusinya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.

Ditanya mengenai pandangan beberapa pemimpin PH yang tidak bersetuju dengan langkah mengambil bekas pemimpin UMNO ke dalam Bersatu, Rais berkata beliau menghormati pandangan tersebut.

“PH raikan diversiti dalam memberikan pandangan, ini demokrasi. Kami raikan perbezaan ini, akhirnya sebarang keputusan yang kita ambil adalah bagi menguatkan lagi PH,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSATUUMNO Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd