KUANTAN – Seramai 53 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir sementara (PPS) di daerah ini selepas kediaman mereka dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, setakat 4.00 petang ini mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating ialah 42 orang daripada 11 keluarga.

“Manakala PPS SK Sungai Ular menempatkan 11 orang daripada empat keluarga dari Kampung Sungai Ular Darat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Banjir di daerah ini bermula hari ini, ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam. – BERNAMA

