• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Termasuk 2 Anggota Polis Cedera Bas Dirempuh Treler

oleh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Tujuh termasuk dua anggota polis cedera selepas bas ekspres dinaiki dirempuh treler muatan simen dalam kemalangan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Terowong Menora, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, tujuh mangsa termasuk dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar cedera, namun identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Difahamkan, pemandu bas dan pemandu treler turut mengalami kecederaan dalam kemalangan yang mengakibatkan kesesakan teruk sehingga lapan kilometer di kedua-dua arah berikutan semua laluan di lokasi kejadian terhalang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati treler dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah selatan menghala ke utara sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Susulan itu, katanya, treler berkenaan merempuh pembahagi jalan di bahagian tengah lebuh raya dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bas ekspres yang dalam perjalanan menghala ke selatan.

“Akibat kemalangan itu, tujuh individu cedera termasuk dua anggota polis iaitu seorang anggota wanita berpangkat Sarjan yang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah manakala seorang lagi anggota lelaki berpangkat Konstabel dalam perjalanan untuk pulang bercuti ke kampung di Sabah.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut dan polis masih mendapatkan identiti semua mangsa yang cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis membuat laluan alternatif di susur keluar Kuala Kangsar dari arah utara bagi membolehkan kenderaan melalui Jalan Persekutuan untuk perjalanan ke selatan.

Sementara itu, menurut laporan PLUS di laman Twitter kira-kira jam 5.18 petang tadi, lorong tengah dan kanan lebuh raya menghala ke selatan sudah dibuka semula.

“Trafik ke arah selatan bergerak perlahan sepanjang 15 kilometer manakala bagi laluan arah utara perlahan sepanjang 12 kilometer (km),” katanya. – BH Online

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd