• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM, JBPM Tandatangan Mou, Tawar Kursus Ko-Kurikulum Kor Bomba

oleh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menjalin kerjasama dalam menawarkan kursus ko-kurikulum siswa bomba (Kor Bomba) kepada penuntut universiti tersebut.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Bahagian Latihan JBPM Abdul Razak Muda dengan disaksikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhammad Hamdan Wahid dalam satu majlis di sini.

MoU selama dua tahun tersebut antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala mencakupi bidang akademik dan latihan pengukuhan selain turut memberi faedah kepada warga UiTM dalam setiap aktiviti memandangkan Kor Bomba yang ditubuhkan tahun lepas mempunyai keanggotaan semasa seramai 1,143 penuntut di UiTM seluruh negara.

Muhammad Hamdan berkata MoU itu turut meliputi pelaksanaan kajian dan penyelidikan mengenai sains kebombaan dan penyelamatan serta keselamatan kebakaran selain mewujudkan program pembangunan dan pemodenan JBPM.

Dalam pada itu, Abdullah menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai peluang kepada penuntut UiTM yang ditauliahkan dalam Kor Bomba menyertai pasukan penyelamat itu sama ada sepenuh masa atau sebagai pegawai simpanan selepas menamatkan pengajian kelak.

“Penuntut yang memilih kursus ko-kurikulum ini wajib menyertainya selama tiga semester dan boleh memilih untuk tambahan dua semester lagi bagi layak ditauliahkan. Pada September tahun hadapan, kira-kira 16 penuntut Kor Bomba akan tamat (kursus) serta dijangka ditauliahkan dan disasarkan bilangan bakal bertambah pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas majlis itu.

Menurut Abdullah, hasil daripada perjanjian itu juga, UiTM mungkin boleh menyediakan skim melanjutkan pelajaran kepada anggota dan pegawai JBPM berdasarkan kepada konteks pembelajaran sepanjang hayat.

Namun beliau berkata, perkara berkenaan perlu dibincang secara lebih terperinci dengan pihak JBPM.

“Malah UiTM juga harus menyediakan bukan sahaja kurikulum yang sesuai tetapi pendekatan lebih fleksibel supaya pihak di luar sana yang ada komitmen lain masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam keadaan yang sangat selesa,” katanya.

Pada majlis sama, Muhammad Hamdan menganugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada Abdullah atas jasa serta sumbangannya terhadap pembangunan Kor Bomba UiTM yang memberi impak kepada penuntut dan masyarakat.

Selain itu, dua kakitangan UiTM yang turut terlibat dalam pembangunan Kor Bomba berkenaan dianugerah pangkat Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) iaitu Pengarah Pusat Ko-kurikulum UiTM, Noor Halil Ismail dan Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM Dr Mohd Bahrin Othman.

Turut menerima pangkat adalah tiga lagi kakitangan UiTM iaitu Timbalan Ketua Pegawai Ko-kurikulum Noor Afzan Zakaria serta dua Pegawai Ko-kurikulum Kanan Nooraidah Mokhtar dan Muhammad Syuhairi Zakaria yang dianugerah Penguasa Kanan Bomba II (Kehormat). – BERNAMA

Tags: JBPMUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd