• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airports Kendali 89.8 Juta Penumpang Dalam Tempoh Jan-Nov

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang beroperasi di Malaysia menyaksikan sebanyak 89.8 juta ketibaan penumpang untuk tempoh dari Januari hingga November tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Raja Azmi Raja Nazuddin berkata bagi tempoh 11 bulan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan 25.4 juta penumpang, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mencatatkan 29 juta – pertumbuhan tiga peratus tahun ke tahun.

Selain KLIA, MAHB turut menguruskan empat lapangan terbang antarabangsa lain.

“Lapangan terbang tersebut turut berkembang dengan pesat. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 26 laluan antarabangsa baharu ditambah di empat lapangan terbang ini,” katanya pada pelancaran budaya perkhidmatan “Happy Guest, Caring Hosts “ dan kemudahan “Senior Citizen and Family-Friendly” oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di klia2 di sini hari ini.

Menurut Raja Azmi, sebanyak 52 peratus daripada pergerakan trafik penumpang Malaysia merupakan trafik antarabangsa, sambil menambah pergerakan trafik antarabangsa KLIA sahaja sebanyak 73 peratus.

“Ramai orang melancong sekarang ini dan mereka berada di bawah hierarki keperluan yang berbeza. Kami telah mengambil inisiatif untuk menjadikan lapangan terbang kami lebih mesra dengan segmen tersebut dengan menyediakan kemudahan yang dapat memudahkan perjalanan mereka di lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, MAHB telah menambah baik perkhidmatan buggy percuma yang popular di klia2 dengan meningkatkan ketersediaannya kepada selang 10 minit yang lebih pendek.

Pada masa ini, terdapat 15 buggy yang beroperasi dengan lapan stesen bagi perkhidmatan tersebut.

Lapangan terbang itu akan turut menyediakan 100 kerusi roda dan 50 kereta sorong bayi di 10 lokasi di klia2 mulai hari ini.

“Menjelang Januari 2019, akan terdapat 150 kerusi roda, 150 kereta sorong bayi dan 10 stesen tambahan. Syarikat akan membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang untuk menyediakan perkhidmatan ini,” kata Raja Azmi. – BERNAMA

Tags: KLIApenumpang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd