• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Keliru, Zamani Urus Sendiri Kerjaya Nyanyian

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zamani menegaskan, kerjaya seninya kini dikendalikan syarikat pengurusannya sendiri iaitu ZIME Production dan bukan pihak ketiga.

Katanya, pengumuman itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan salah faham apabila terdapat beberapa laman Instagram menggunakan namanya menjual barangan premium, konon dikeluarkan syarikatnya.

“Kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara ini perlu dilakukan supaya tidak timbul lagi salah faham pada masa depan.

“Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan ZIME Production sepenuhnya. Operasi syarikat ini dikendalikan bersama-sama ahli keluarga, selain mengekalkan Aalan Ahmad sebagai pengurus.

“Sebarang urusan termasuk tawaran persembahan dan perkara berkaitan boleh dibuat dengan berhubung terus ZIME Production atau Aalan,” katanya.

Penyanyi itu berkata, ZIME Production juga akan mengendalikan semua urusan berkaitan produk yang dihasilkan di bawah jenama Zamani.

“Saya tidak melantik pihak ketiga untuk membuat, mencetak atau menjual produk yang menggunakan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sekitar awal bulan lalu, bintang Gegar Vaganza musim lima (GV5) itu pernah mengadakan sidang media berhubung kekeliruan mengenai pengurusnya yang sebenar.

Isu timbul apabila pengurus yang sudah bersamanya sejak era Slam, Johan Aziz dan pengurus baharu, Aalan mengeluarkan kenyataan berbeza mengenai status penyertaannya dalam program itu.

Sementara itu, Zamani berkata, pihak pengurusannya juga kini dalam proses menubuhkan kelab peminat rasmi, Zamani Fan Club yang akan diumumkan menerusi Facebook: zamani slam official fanpage dan Instagram: @zamanislam_official. – BH ONLINE

Tags: penyanyiZamani Slam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd