• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASP Dipenjara 3 Tahun, Denda RM20,000 Setuju Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai polis berpangkat ASP dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah bersetuju terima suapan wang tunai RM4,000 daripada seorang pemilik syarikat pembinaan, tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan tertuduh, Rantai Anak Giling, 47, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dipenjara setahun lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Ahmad Zamzani membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Michael Joimin berjaya membuktikan kes terhadap pegawai polis itu melebihi keraguan munasabah.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan selesai, selain mengekalkan ikat jamin RM8,000 yang dikenakan terhadap tertuduh sebelum ini.

Seramai 20 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sebelum ini, Rantai yang bertugas sebagai Penolong Penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Gombak, dibicarakan atas tuduhan bersetuju menerima suapan wang tunai tersebut daripada Azizur Rahman sebagai dorongan untuk melepaskan pekerja Azizur, Rostam Ali Sheikh, warganegara Bangladesh, yang ditahan di IPD itu kerana tidak mempunyai permit kerja sah.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama 21 tahun dalam Polis Diraja Malaysia, didakwa melakukan kesalahan di sebuah restoran di Batu Caves, Gombak dekat sini, kira-kira 5.50 petang pada 29 Mac 2017.

Pegawai polis itu yang ditangkap pada 29 Mac tahun lepas, dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pemilik sekolah memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM4,800 bagi mendapatkan lesen memandu untuk seorang pekerja asing warga Indonesia, dua tahun lepas.

Lee Kah Loong, 36, didakwa menerima suapan itu daripada Shahrul Izam Yaacob bagi mendapatkan lesen memandu untuk pekerja Shahrul Izam bernama Khoirul Nisam, sedangkan warga asing terbabit tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di sekolah memandu itu yang terletak di Uptown Damansara dekat sini, kira-kira 5.50 petang pada 24 Mei 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hakim Adli Abdul Ghalib membenarkan Lee dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Hazirah Azeman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Inspektor PolisKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd