• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kuching Banteras Kegiatan Judi Haram Melalui Op Dadu

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Daerah Kuching berazam untuk membanteras habis-habisan kegiatan perjudian haram dalam talian melalui Op Dadu, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah membuat 72 serbuan ke atas premis-premis perjudian haram dalam talian dan berjaya membuat 117 tangkapan setakat ini di bawah Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya melalui Op Dadu yang dilancarkan pada 1 Januari lepas, 26 premis perjudian haram terbabit telah dipotong bekalan elektriknya dengan kerjasama pihak Syarikat SESCo.

“Ini menunjukkan usaha gigih dan keazaman kita untuk membanteras dan membasmikan kegiatan judi haram, khususnya di daerah Kuching,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan IPD Kuching di sini hari ini.

Mengenai penipuan skim cepat kaya, khususnya Macau Scam, Ng berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 23 kes atau 46 peratus sehingga 30 Nov ini berbanding sepanjang tahun lepas.

Katanya, sebanyak 42 kes dilaporkan sehingga 30 Nov tahun ini berbanding hanya 19 kes pada tahun lepas.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat pihak atau individu yang cuba untuk menipu mereka.

Beliau meminta supaya mangsa segera melapor kepada pihak polis jika menerima panggilan daripada orang yang mencurigakan dan jangan mudah percaya kononnya mereka wakil dari mana-mana jabatan kerajaan, termasuk kononnya mereka pegawai dari Bank Negara. – BERNAMA

Tags: Judi Harampolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd