• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Kemalangan Libatkan Bas. Kereta & Motosikal Di PD

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tebu, Pasir Panjang, Teluk Kemang di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Kamal Mohd Timar berkata kejadian pada 4.14 petang itu melibatkan sebuah bas kilang, sebuah motosikal jenis Yamaha LC dan sebuah kereta jenis Honda Accord.

“Mangsa yang maut melibatkan tiga lelaki dengan dua daripadanya penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta, manakala pemandu bas hanya mengalami cedera ringan.

“Pihak bomba juga mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Kamal berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.15 petang dan tiba 20 minit kemudian bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan Port Dickson.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun memaklumkan maklumat terperinci hanya akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Tags: kemalanganPD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd