• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasawan Rusia Temui Lubang Pada Kapal Angkasa

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Angkasawan Rusia, Oleg Kononenko dan Sergey Prokopyev menemui lubang pada badan kapal angkasa Soyuz MS-09 yang mengakibatkan kebocoran tekanan pada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sewaktu mereka kali pertama keluar dari kapal itu pada Ogos lalu, kata Pusat Kawalan Misi Rusia (MCC), Rabu.

Menurut agensi berita Xinhua, Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin menerusi Twitternya pada Selasa “tindakan keluar berjalan di luar kapal angkasa itu adalah kali pertama berdasarkan tahap kompleksiti tugasan itu.”

“Mulanya Kononenko membuka lapisan penebat termal kedap udara yang menjadi pelindung meteorit. Selepas itu dia memotong lapisan pelindung itu dengan ragum. Dia memotong bahagian yang rosak itu (kepingan kira-kira lapan darab lapan inci),” kata MCC yang dipetik agensi berita Sputnik.

Kononenko terpaksa mengambil dua sampel dari kawasan lubang itu dan kemudian membuat tampalan sebelum mengikatnya dengan klip. Sampel itu kemudiannya dibawa pulang ke Bumi untuk kajian lanjut.

Pada Ogos lalu, angkasawan ISS menemui retak mikro pada kapal angkasa Soyuz MS-09. Retak itu berjaya ditampal dari dalam tanpa memerlukan angkasawan keluar dari kapal.

Kapal Angkasa Soyuz Rusia kini menjadi satu satunya kenderaan untuk penerbangan angkasa lepas menghubungkan ISS dengan Bumi. – BERNAMA

Tags: kapal angkasalubang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Spacex Lancar Kapal Angkasa, Bawa Pulang Angkasawan Terkandas

Spacex Lancar Kapal Angkasa, Bawa Pulang Angkasawan Terkandas

29/09/2024
0

WASHINGTON - SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk...

Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

30/08/2024
0

IPOH : Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memberi jaminan kerja-kerja pembaikan struktur tanah yang didakwa rebak atau runtuh sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd