• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

oleh AK-47
30/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memberi jaminan kerja-kerja pembaikan struktur tanah yang didakwa rebak atau runtuh sehingga membentuk lubang membahayakan nyawa penduduk di Laluan Tasek Timur 13A, Taman Tasek Indra, dekat Bercham di sini, akan dilaksanakan segera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Katanya, wakil Bahagian Kejuruteraan dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan hadir meninjau lokasi terbabit untuk mengumpulkan maklumat dan penilaian awal.

“Mungkin ini melibatkan beberapa jabatan lain. Hal tanah ini mungkin melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Kita kumpulkan maklumat kemudian ambil tindakan segera. Kalau boleh kita akan selesaikan dalam tempoh 24 jam seperti Jalan Fair Park tempoh hari (masalah rekahan dan jalan berlubang akibat hakisan tebing),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan penduduk di Laluan Tasek Timur 13A, Taman Tasek Indra bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka selepas struktur tanah di sekeliling sebatang tiang kabel internat rebak dan membentuk lubang.

Penduduk mendakwa, susulan kejadian itu, berlaku retakan dan mendapan di kawasan berhampiran seperti longkang, dinding dan lantai rumah dipercayai akibat pergerakan tanah.

BHonline-

Tags: lubangTaman Tasek Indra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lubang Besar 20 Kali Ganda Saiz Bumi Dikesan Pada Matahari

30/03/2023
0

WASHINGTON: Sebuah lubang besar 20 kali lebih besar daripada Bumi dikesan pada matahari yang merupakan kemunculan lubang kedua dalam tempoh...

Angkasawan Rusia Temui Lubang Pada Kapal Angkasa

12/12/2018
0

MOSCOW - Angkasawan Rusia, Oleg Kononenko dan Sergey Prokopyev menemui lubang pada badan kapal angkasa Soyuz MS-09 yang mengakibatkan kebocoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd