• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Setuju 5 Mangsa Kebakaran Dikebumi Dalam 1 Liang Lahad

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, semalam bersetuju supaya jenazah anak mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 petang itu, mereka yang dipercayai terkorban dikenali sebagai Mohd Nor Aiman Abdul Rahman,16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzuddin Mohd Kamari,16; Ahmad Faizal Aminuddin,16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19, yang semuanya berasal dari Menglembu.

Turut dipercayai maut P. Thiagarajun, 40, yang juga pemilik perniagaan dari Buntong di sini.

Seorang bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, ketika ditemui pemberita memaklumkan kesemua keluarga mangsa sudah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk mengebumikan anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, Menglembu di sini.

“Kami harap proses pengecaman mayat dapat diselesaikan secepat mungkin agar dapat dikebumikan dengan segera kerana proses pengebumian jenazah telah disiapkan,” kata bapa kepada Mohd Nor Aiman itu.

Sementara itu, bapa kepada Mohd Ikhmal Izzuddin, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata keluarga mangsa telah dipanggil pihak hospital untuk memberi sampel darah bagi proses pengecaman mayat.

“Semalam ada lihat jenazah tapi memang tak dapat cam sebab keadaan mayat terbakar teruk, jadi pihak hospital memanggil kami untuk beri sampel darah,” katanya.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) apabila semua keluarga mangsa hadir bagi proses pengecaman mayat.

Kesemua waris yang mula berkumpul di perkarangan hospital kira-kira pukul 8.30 pagi bagi proses tersebut dilihat gagal menahan kesedihan menceritakan tentang tragedi kepada saudara-mara yang hadir sama.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari melawat keluarga mangsa di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedia menanggung kos pengurusan jenazah kesemua mangsa selain bantuan kewangan lain. – BERNAMA

Tags: liang lahadMangsa Kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 100 Mayat Dikebumi Dalam Satu Kubur Di Gaza

Lebih 100 Mayat Dikebumi Dalam Satu Kubur Di Gaza

12/11/2023
0

GAZA: Seorang penggali kubur di Gaza terpaksa mengebumikan sehingga 137 mayat dalam satu liang lahad secara rawak dalam tempoh sehari....

Terjatuh Dalam Liang Lahad Sebab PPE Berat, Berlapis

25/05/2021
0

SEREMBAN - Mengambus tanah ketika menguruskan jenazah dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) adalah antara cabaran yang perlu dilalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd