• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN Sekong Umum Keluar UMNO

oleh
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya hari ini mengumumkan keluar dari Parti UMNO.​​​​​​​

Keputusan beliau itu turut disertai beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi iaitu Timbalan Ketua bahagian itu Zantapha Jainil Abidin, Naib Ketua Wanita Suhana Ag Tahir dan Ketua Puteri Hazulizah Md Dani.​​​​​​​

Samsudin pada sidang media di sini berkata keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi (Khairul Firdaus Akhbar Khan) kerana gagal memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat serta ahli parti.​​​​​​​

Bagaimanapun, katanya mereka masih meletakkan kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Hajiji Noor.

“Kami akan menyokong penuh apa juga langkah yang diambil Hajiji untuk membawa hala tuju wadah perjuangan kami seterusnya.

“Kami juga menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Samsudin yang menyertai UMNO sejak 27 tahun lepas, pernah menjadi ADUN Sekong serta Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi selama 15 tahun selepas memenangi tiga pilihan raya sebelum gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lepas.​​​​​​​

Kerusi DUN Sekong dimenangi calon Parti Warisan Sabah Arifin Asgali yang mendapat 6,470 undi, manakala Samsudin memperolehi 4,705 undi.​

Samsudin berkata perlunya ada satu parti yang boleh dijadikan sandaran membela kepentingan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah agar selari dengan pucuk kepimpinan politik di peringkat nasional hari ini. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: keluar UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Disaran Lupakan Sengketa, Kembali Kepada UMNO Demi Penyatuan Melayu 

Bersatu Disaran Lupakan Sengketa, Kembali Kepada UMNO Demi Penyatuan Melayu 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff menyarankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali...

Bekas ADUN Ayer Hangat Keluar UMNO

20/12/2018
0

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abd Hamid bersama 30 pemimpin UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd