• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Mangsa Kebakaran Di Meru Sukar Dikenal Pasti

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Identiti kesemua enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini petang ini, belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahaya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 1.54 petang itu, semua mangsa ditemui dalam keadaan rentung sehingga menyukarkan pengesanan identiti mereka.

“Identiti sama ada pemilik atau pekerja premis, kita sedang siasat. Ada setengah mereka alami kesan kebakaran teruk, hangus, rentung dan hancur menunjukkan kesan letupan agak kuat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Berdasarkan papan tanda di premis tersebut, ia menjalankan perniagaan pengaturcaraan majlis, pembekal alatan majlis, khemah, siar raya dan lampu.

Yahaya berkata berdasarkan keterangan saksi, kedengaran beberapa bunyi letupan sebelum berlakunya kebakaran di premis yang sudah beroperasi lebih 10 tahun itu.

Beliau menjelaskan terdapat sebuah premis bersebelahan unit terlibat yang menjalankan perniagaan menyedia serta membekalkan bahan letupan seperti mercun dan bunga api.

Menurut Yahaya, pihaknya sedang menyiasat jika premis terbakar itu dijadikan tempat menyimpan bahan letupan daripada unit bersebelahan memandangkan terdapat serpihan bahan letupan di lokasi kejadian.

“Premis terbakar itu tiada lesen menyimpan bahan letupan. Jika ada lesen, ada peraturan tertentu mereka perlu patuhi, tidak boleh simpan di premis yang tidak ditetapkan, kena terus ke lokasi pembakaran,” katanya.

Yahaya berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sayani Saidon berkata kira-kira 20 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut.

Beliau berkata kesemua mayat mangsa ditemui di tempat berasingan dan dipercayai cuba menyelamatkan diri, namun gagal – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd