• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Piala AFF: Mahathir Harap Harimau Malaya Menang

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya akan menang pada pertemuan pertama final Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

“Saya harap Malaysia menang, mungkin satu, dua gol pun cukuplah,” katanya apabila ditanya mengenai ramalan keputusan perlawanan berkenaan semasa ditemu bual dalam program Bicara Khas Bersama Perdana Menteri di RTM pada Isnin malam.

Sepak mula perlawanan yang dijangka sengit itu ialah pada 8.45 malam.

Dr Mahathir juga melihat bidang sukan sebagai faktor yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan latar belakang.

Mengambil contoh jaguh badminton tersohor negara Datuk Lee Chong Wei, beliau berkata apabila Chong Wei memenangi sesuatu perlawanan. ia menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

“Di Malaysia, kita terdiri daripada pelbagai kaum, sudah tentu ada perbezaan antara kaum. Tapi dalam bidang sukan kita bersama, yang nak kita lihat ialah kemenangan kepada Malaysia.

“Sebab itu sukan adalah satu acara yang baik bagi kita. Pada masa itu kita lupa tentang keturunan, suku kaum apa dan kita sedar itu adalah pasukan Malaysia dan kita orang Malaysia, kita nak pasukan Malaysia menang,” kata Dr Mahathir.

Semasa menerima kunjungan skuad kebangsaan di Perdana Putra, Jumaat lepas, Dr Mahathir dipetik berkata: “Jangan kecewakan saya dan negara kita.”

Perdana menteri dijangka turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu bersama-sama kira-kira 80,000 rakyat Malaysia.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaPiala AFF Suzuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd