• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Negara

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Donald Peter Mojuntin dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara buat kali pertama, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini bagi tempoh tiga tahun.

Donald ketika ditemui selepas mengangkat sumpah berkata beliau akan memainkan peranannya sebagai anggota Dewan Negara bagi menyumbang kepada pembangunan negara terutama di negeri Sabah.

“Sebenarnya, banyak isu relevan untuk dibawa ke Dewan Negara dari Sabah. Itulah amanah yang diberi kepada saya untuk mewakili Sabah dalam segala aspek yang akan beri faedah kepada negeri itu,” katanya.

Beliau berkata isu yang paling penting bagi Sabah yang akan diberi fokus oleh beliau sebagai anggota Dewan Negara ialah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pendatang asing tanpa izin dan ekonomi.

Sementara itu, Nuridah berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada beliau menjadi anggota Dewan Negara.

Katanya, beliau akan mengangkat isu kemasyarakatan dan kewanitaan terutama yang membabitkan Terengganu.

“Saya juga amat harap kerajaan negeri Terengganu dan parti supaya dapat memberi nasihat kepada saya menyempurnakan tanggungjawab ini,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd