• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Beri Insentif RM213,500 Kepada Atlet Komanwel, Asia & SUKMA

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah hari ini menyampaikan insentif berjumlah RM213,500 kepada atlet yang memenangi pingat dalam Sukan Komanwel Gold Coast di Australia 2018, Sukan Asia Jakarta-Palembang di Indonesia 2018 dan Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pembangunan Usahawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Mohd Asmirul Anuar Aris berkata seramai 125 atlet daripada tiga temasya sukan itu menerima ganjaran berkenaan.

“Bagi Sukan Komanwel dan Sukan Asia atlet yang memperoleh pingat emas menerima ganjaran RM10,000 seorang, pingat perak sebanyak RM3,000 seorang manakala bagi pingat gangsa ganjaran RM2,000 seorang diberikan.

“Sementara itu, bagi atlet Sukma yang memenangi emas menerima RM3,500 seorang, pingat perak sebanyak RM2,000 seorang dan bagi atlet yang memenangi pingat gangsa menerima RM1,000 seorang,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian ganjaran itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Mohd Asmirul berkata ganjaran yang diberikan itu sebagai menghargai pengorbanan dan kesusahan dilalui para atlet demi memartabatkan nama negeri Kedah di persada sukan tanah air.

“Kerajaan negeri sangat menghargai segala pengorbanan para atlet, pengurus pasukan, jurulatih dan ahli keluarga atlet yang telah banyak berkorban dan bertungkus lumus dalam membantu melakar kejayaan sukan di negeri ini,” katanya.

Atlet angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin merupakan penerima tunggal bagi Sukan Komanwel yang menerima insentif sebanyak RM10,000 itu selepas berjaya memungut pingat emas acara 62 kilogram manakala bagi Sukan Asia seramai enam penerima ganjaran itu termasuk pemain skuasy remaja negara Aifa Azman dan S. Sivasangari.

Bagi atlet Sukma seramai 118 penerima mendapat ganjaran itu selepas berjaya mengumpul 19 pingat emas, 20 (perak) dan 29 (gangsa) sekali gus berada di kedudukan ke-10 daripada 15 negeri lain yang bertanding. – BERNAMA

Tags: atletInsentif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan kerajaan memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi...

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

17/05/2023
0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 jemaah kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd