• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.665 Juta Berjaya Dikumpul Dalam Majlis Makan Malam Amal PH

oleh
09/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan (PH) berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.665 juta melalui penjualan meja pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga timbalan perdana menteri, berkata, keseluruhan 156 buah meja telah berjaya dijual bagi mengumpul dana secara telus dan berintegriti.

Menurutnya, dana tersebut dimasukkan terus ke akaun bank PH.

“Kita mahu memastikan iltizam PH untuk tidak menggunakan dana kerajaan untuk aktiviti politik kepartian dapat dilaksanakan.

“Dalam masa yang sama, kita juga mahu gerak kerja parti komponen PH dapat terus berjalan dengan lancar demi manfaat rakyat,” katanya pada majlis itu.

Dr Wan Azizah merupakan pengerusi jawatankuasa majlis berkenaan dengan bertujuan menjana kewangan PH bagi membiayai kos operasi, pengurusan dan aktivitinya.

Majlis bertema ‘Memenuhi Harapan, Mengisi Kemenangan’ itu turut dihadiri Perdana Menteri, yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Hadir sama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd