• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Kembali Ke Gelanggang Januari 2019

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengumumkan bakal kembali turun ke gelanggang pada Januari tahun depan.

Beliau yang kini dalam tempoh berehat selepas disahkan pulih daripada penyakit barah hidung tahap satu sejak Julai lepas, mengakui masih perlu menjalani proses pemulihan di Taiwan.

Pemain berusia 36 tahun itu bagaimanapun berkata waktu tepat untuk beliau kembali memulakan latihan bergantung kepada keputusan doktor.

“Untuk saya kembali bulan ini mungkin tidak kerana saya kena pergi ke Taiwan. Paling cepat saya akan kembali adalah pada Januari depan.

“Setakat ini semuanya termasuk proses pemulihan saya berada dalam keadaan baik. Apa yang penting saya sering berhubung dengan doktor dan dia menasihatkan saya supaya tidak terburu-buru kerana ini bukan masalah kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk minuman isotonik di sini hari ini.

Pada masa sama, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga belum dapat mengesahkan penyertaannya dalam Kejohanan All England 2019 yang berlangsung pada Mac.

“Memang saya nak tapi buat masa sekarang saya tak boleh cakap ‘yes’ (ya). Tetapi apa yang penting saya ada kemahuan untuk turun beraksi,” kata beliau.

Untuk rekod, kali terakhir Chong Wei beraksi di tahap kompetitif adalah pada saingan separuh akhir Terbuka Indonesia 2018 Julai lepas, menyaksikan beliau tewas kepada pemain dari Jepun, Kento Momota. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd