• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Himpunan Tolak ICERD Mula Memenuhi Kawasan

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula memenuhi kawasan sekitar Jalan Raja, lokasi acara itu berlangsung, di sini tengah hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati mereka mula berkumpul antaranya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, perkarangan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, serta perkarangan Masjid Negara seawal 10 pagi lagi.

Anggota polis turut kelihatan mengawal dan memantau keadaan.

Terdahulu, sekumpulan pesilat menyerahkan memorandum anti-ICERD kepada wakil Istana Negara di luar kawasan istana sebelum bersurai.

Keadaan keselamatan pada keseluruhannya adalah terkawal.​​​​​​​

Penganjur perhimpunan sebelum ini dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda ‘kesyukuran’ di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

​Pada 23 November lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini. – BERNAMA

Tags: ICERDpeserta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan

Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan

16/07/2025
0

SHAH ALAM – Polis memanggil semua individu yang menghadiri program eHati di sebuah pusat konvensyen di sini untuk tampil memberi...

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Strok Haba: 2 Peserta Kursus Pegawai tempur Di ICU Sudah Sedarkan Diri

16/10/2023
0

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram yang mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd