• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Nazi Bersalah Bunuh Peserta Himpunan

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seorang penyokong Nazi berusia 21 tahun didapati bersalah atas tuduhan membunuh darjah pertama semalam, 16 bulan selepas merempuh peserta di perhimpunan fanatik kulit putih di Charlottesville, Amerika Syarikat (AS).

Juri juga mendapati James Alex Fields Jr bersalah atas lima tuduhan mendatangkan kecederaan parah, tiga tuduhan cuba mendatangkan kecederaan dan satu tuduhan langgar lari.

Kejadian pada 12 Ogos 2017 itu meragut satu nyawa, Heather Heyer, 32 tahun dan mencederakan puluhan yang lain, menyebabkan Virginia bertukar sebagai simbol keganasan perkauman di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Barisan juri tujuh dan lima wanita mencapai keputusan masing-masing selepas hari pertama berunding sesama mereka.

Pasukan pembela Fields tidak mencabar hujah mendakwa tertuduh adalah pemandu kenderaan yang merempuh peserta pada perhimpunan berkenaan.

Namun mereka mengakui tertuduh berasa takut susulan suasana penuh kecoh termasuk apabila dikerumuni ramai orang termasuk yang lengkap bersenjata.

Pendakwa turut memanggil beberapa saksi dan mangsa termasuk dari beberapa kes yang mengubah hidup mereka.

Menurut saksi, perhimpunan berkenaan berlangsung dalam suasana aman dan penuh keraian selepas pihak berkuasa tempatan mengarahkan kumpulan pelampau kanan bersurai, sekali gus menafikan dakwaan suasana penuh menakutkan oleh tertuduh.

Awal minggu ini, juri membentangkan pesanan dihantar Fields kepada ibunya sebelum menyertai perhimpunan berkenaan selepas diminta untuk berhati-hati.

“Kita bukan pihak yang sepatutnya perlu berhati-hati,” balas tertuduh bersama foto pemimpin NAzi, Adolf Hitler iaitu tokoh pujaannya sejak sekian lama. – AFP/ONLINE

Tags: kes bunuhNazi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd