• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Rampas 123kg Daun Ketum Di Sempadan

oleh
08/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) merampas 123 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM11,000 berhampiran batu sempadan 34, dekat Bukit Kayu Hitam petang tadi.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata daun ketum itu dirampas di sebuah bangsal ketika pasukan keselamatan tersebut membuat rondaan bermotosikal kira-kira 1 petang.

“Kumpulan ronda diketuai Mejar Mohammad Redzuan Jaffar ternampak sebuah bangsal yang mencurigakan ketika sedang melakukan rondaan bermotosikal.

“Ketika menghampiri bangsal itu, pasukan tersebut melihat dua orang awam sedang memasukkan bungkusan hitam ke dalam guni putih sebelum melarikan diri ke dalam hutan apabila menyedari tindakan mereka disedari pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemui satu guni putih dan empat plastik hitam berisi daun ketum yang diikat rapi dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Kesemua daun ketum dirampas itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: ATMDaun Ketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd