• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Kesal PH Bertindak Hapus AIM

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDIH… Pakatan Harapan (PH) tidak wajar bubar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terbukti berjaya keluarkan ratusan ribu rakyat daripada dibelenggu kemiskinan sejak ditubuh pada 1987,

Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merujuk skim AIM yang berdasarkan kepada kejayaan model Grameen Bank Bangladesh dan menggunakan konsep pembiayaan mikro untuk bantu peserta.

Malah pengasas bank itu, Prof. Muhammad Yunus pernah dianugerahkan Nobel Laureate pada 2006 kerana berjaya bantu pembiayaan golongan miskin sehingga hampir 90 peratus mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Justeru ujar Asyraf Wajdi, model AIM juga berjaya kerana bukan sekadar tolong golongan usahawan miskin dalam kalangan Sahabat AIM dengan beri ‘ikan’, sebaliknya turut ajar mereka gunakan ‘joran’ untuk menangkap ‘ikan’.

“Persoalannya kenapa selepas 30 tahun, baru sekarang persoal isu perlanggaran Akta (Pemegang Amanah 1992)? Takkanlah semua inisiatif Barisan Nasional (BN) dihentikan walau ternyata banyak beri manfaat pada rakyat?

“Sekalipun wujud isu pentadbiran yang babitkan perlanggaran Akta, maka sewajarnya kerajaan PH perbetulkannya, bukan terus bubarkan institusi yang terbukti berdaya maju dengan kadar bayar balik pembiayaan 98.26 peratus.

“Bahkan (AIM) berjaya mengeluarkan ratusan ribu rakyat di seluruh negara terutama Melayu daripada belenggu kemiskinan sejak 30 tahun beroperasi,” kata Asyraf Wajdi menerusi kenyataan dikeluarkan di ibu negara hari ini.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata jangan pula wujud persepsi seolah-olah kerajaan PH hari ini didominasi DAP sedang robek satu persatu institusi yang terbukti banyak bantu Melayu dan Bumiputera.

Apatah lagi skim yang diperakui di peringkat antarabangsa mampu bawa keluar ramai peserta daripada belenggu kemiskinan, selain berjaya menaikkan taraf ekonomi mereka sekali gus tingkat pendapatan rakyat marhaen.

NSTP hari ini melaporkan kerajaan PH kini siap sedia dalam penyediaan dokumen diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil AIM di sebalik kritikan banyak pihak yang dakwa langkah aneh itu dibuat tergesa-gesa.

Tindakan pelik tersebut kononnya adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak lagi memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata AIM sepatutnya bantu isi rumah termiskin, namun berlaku pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Amanah Ikhtiar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pengerusi Eksekutif AIM Meninggal Dunia

27/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Dr. Zubir Harun, meninggal dunia awal pagi tadi. Perkara...

AIM Batu Loncatan Bangun Kerjaya Dalam Perniagaan

25/04/2018
0

KUNAK - Bagi Rosminah Laangku, seorang pengusaha salun dan produk kecantikan di Kunak, badan pinjaman kerajaan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd