• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Sindiket Along

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Along’ dalam serbuan di sebuah rumah di Senai, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berumur 46 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 11 malam selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan kegiatan itu.

“Pemeriksaan menemui 79 keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pelbagai bank, 71 sampul surat mengandungi dokumen butir peminjam, tiga buku tunai, tiga keping jadual pinjaman serta satu telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semakan mendapati lelaki itu tidak memiliki rekod jenayah dan dia kini direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya percaya berjaya menyelesaikan lapan kes samun di bandar raya ini selepas menahan tiga lelaki di Ulu Tiram, di sini, 10 Feb lepas.

Beliau berkata ketiga-tiganya yang berumur antara 21 dan 33 tahun ditahan pada pukul 4.25 pagi dan polis merampas beberapa barang termasuk tiga komputer riba, empat telefon bimbit, tiga sarung muka, enam sarung tangan, empat parang, pemotong besi serta sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Saringan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah manakala seorang daripadanya memiliki rekod dikehendaki polis melibatkan kes dadah,” katanya.

Kesemua mereka katanya kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Ah Longpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd