• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kecewakan Saya & Negara – Kata PM

oleh Cj Mnh
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — “Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil melibatkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Dis ini.

Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir berkata melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggakan.

“Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.

Pada pertemuan yang dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe, dan kapten Zaquan Adha Abd Razak, Hamidin juga menyampaikan jersi No 7 kepada Dr Mahathir.

Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Dis sebelum aksi final kedua di Hanoi pada 15 Dis.

Dr Mahathir dalam pertemuan itu turut berpesan agar para pemain berdisiplin khususnya menjaga masa rehat dan berlatih bersungguh-sungguh dan semangat untuk mendapat kemenangan.

“I hope you will work hard and practice a lot. Live, sleep and think only of football and winning for Malaysia (Saya harap anda bekerja keras dan banyakkan berlatih. Hidup, tidur dan fikir hanya bola dan menang untuk Malaysia),” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan hasratnya untuk melihat pasukan Malaysia melayakkan diri dalam World Cup nanti.

“Bola sepak adalah satu sukan yang dahulunya Malaysia kuat dan kerap menang. Sekarang, kita ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata negara Jepun telah mencapai kejayaan yang cukup pantas dan amat baik sedangkan dahulu mereka berada di belakang Malaysia dalam sukan bola sepak.

“Disebabkan mereka berlatih bersungguh-sungguh, Jepun telah maju dalam bola sepak sehingga dapat beraksi dalam World Cup. Jadi. Saya nak lihat pasukan Malaysia akan beraksi dalam World Cup satu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd