• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Pendek SOP 21 Hari Siasat Kes Gangguan Seksual

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memendekkan prosedur operasi standard (SOP) 21 hari untuk menyiasat kes gangguan seksual, kata timbalan menteri berkenaan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata kementerian itu berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyusun semula SOP supaya lebih sensitif dalam siasatan kes seperti itu.

“Di bawah SOP sedia ada, apa jua kes gangguan seksual akan dilaporkan kepada ketua terdekat. Bagaimanapun dalam kes di hospital Sungai Buloh, si pelaku adalah ketua. Pada masa depan, kes seperti ini mesti dikendalikan oleh sebuah badan neutral dan unit integriti untuk mengendalikan aduan.

“Kajian itu akan turut memendekkan tempoh tindakan yang akan diambil memandangkan mangsa perlu kembali bekerja dan siasatan yang mengambil masa yang panjang akan memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Forum mengenai Gangguan Seksual di Malaysia, yang dianjurkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita, hari ini.

Katanya selepas kajian itu selesai, kementerian berkenaan akan mengadakan kajian impak yang dijangka siap menjelang akhir Januari tahun depan sebelum membentangkan drafnya kepada Parlimen dan masyarakat sivil, katanya.

Mengenai Akta Gangguan Seksual, Yeoh berkata ia merupakan rang undang-undang komprehensif yang akan menangani semua kes gangguan seksual bukan hanya di tempat kerja, atau dalam sektor awam, tetapi turut merangkumi sektor swasta di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain di universiti.

Dalam perkembangan berasingan, Yeoh merayu orang ramai supaya menghormati privasi mereka yang dinamakan dalam sepucuk surat yang mendakwa berlaku budaya gangguan seksual di sebuah stesen radio perniagaan (BFM) dan mengelak daripada menyebar email serta spekulasi memandangkan mereka yang terbabit mempunyai hak untuk mendapat privasi dan tribunal yang adil.

“Saya banyak mendapat email yang bertanyakan apa yang akan kami lakukan mengenainya. Siasatan dalaman sedang berjalan. Jika ada laporan polis, maka kementerian akan menyiasat,” katanya.

Dakwaan menerusi surat layang yang tersebar luas berhubung gangguan seksual di stesen radio dan usaha pengurusan untuk menutup kes bagi pihak petugas yang disukainya, dihantar kepada saluran berita pada 29 Nov dan disebarkan dalam talian sejurus kemudian.

Terdahulu dalam ucaptamanya pada perasmian forum itu berkata, menurut Jabatan Tenaga Kerja, sejumlah 93 kes gangguan seksual dilaporkan antara 2014 dan 2018, dan daripada jumlah itu, 90 kes telah pun diselesaikan dan bakinya masih dalam siasatan.

Sementara itu, menurut data yang direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, tindakan disiplin diambil terhadap 47 kes gangguan seksual antara 2015 hingga 2017. – BERNAMA

Tags: kes gangguan seksualSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd