• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Gas: Jasad Chin Hsien Loong Disemadi Sabtu

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Jasad mendiang Chin Hsien Loong, mangsa yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak akan disemadikan menerusi upacara pembakaran di Pusat Krematorium Berapit, Sabtu ini.

Menurut keluarga terdekat mendiang yang enggan dikenali, upacara pembakaran itu dijangka berlangsung pada kira-kira 10.30 pagi Sabtu.​​​​​​​

Terdahulu, mayat Chin, 29, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 4.30 petang sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Taman Kimsar, di sini pada pukul 7.30 petang.​​​​​​​

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang apabila anggota keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Tinjauan Bernama di kediaman keluarga mendiang mendapati pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Tzu Chi Buddha Malaysia, turut hadir bagi menyempurnakan upacara keagamaan.

Bagaimanapun, usaha media untuk menemu bual ibu bapa mendiang gagal apabila kedua-dua mereka enggan ditemu bual.​​​​​​​​​​​​​​

Dalam kejadian 3.30 petang Selasa, tiga lelaki maut dan 44 orang cedera dalam insiden itu dipercayai disebabkan oleh letupan gas.

Selain Chin, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, kedua-duanya dari Kuching. – BERNAMA

Tags: disemadikanLetupan Gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Percepat Siasatan Insiden Letupan Gas

06/12/2018
0

KUALA LUMPUR - NeNe Chicken Malaysia selaku francais yang mengeluarkan lesen kepada kedai di CityOne Megamall yang menyaksikan insiden letupan...

Lelaki Melecur Akibat Letupan Gas

04/11/2018
0

KUANTAN - Seorang lelaki melecur teruk akibat letupan gas di rumahnya di Taman Sentosa di sini, awal hari ini. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd