• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Boleh Ambil Tindakan Sekolah Tahfiz Tidak Daftar

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan terhadap premis-premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana-mana pejabat agama Islam negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sekolah tahfiz yang berdaftar dengan pejabat agama perlu mendapat kelulusan PBT terlebih dahulu untuk beroperasi.

“Jabatan agama tidak ada kuasa untuk menutup sekolah tahfiz sebab tidak ada dalam undang-undang. Akan tetapi oleh kerana premis itu perlu berdaftar dengan PBT maka mereka (PBT) ada kuasa untuk menutup premis sekolah tahfiz yang tidak berdaftar.

Jadi perlu kerjasama agensi-agensi lain dan jabatan agama Islam (negeri) agar keselamatan sekolah tahfiz ini terjaga,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta kementerian itu menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menjamin pusat-pusat pengajian maahad tahfiz di seluruh negara berdaftar dan terkawal daripada segi keselamatan bangunan, pengajar dan murid-muridnya.

Kata Fuziah sehingga Oktober lalu, sebanyak 815 sekolah tahfiz swasta berdaftar telah direkodkan oleh kementerian manakala kementerian tidak mempunyai rekod bagi sekolah tahfiz yang tidak berdaftar. – BERNAMA

Tags: Fuziah SallehPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd