• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ePassport Malaysia Diiktiraf Dokumen Terbaik Serantau

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menerima Anugerah Dokumen Pengenalan Diri Serantau Terbaik bagi tahun 2018, satu pengiktirafan bagi ePassport Malaysia yang berinovatif dan terulung dalam kelasnya tersendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dan Pengarah Eksekutif Datasonic Steven Ng menerima anugerah itu di Hanoi, Vietnam, pada Selasa, semasa Persidangan Pencetakan Keselamatan TInggi Global Asia 2018, dari 3 hingga 5 Disember, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu bagi pihak Datasonic Group Berhad.

ePassport dibangunkan bersama oleh jabatan itu dan Datasonic Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Datasonic.

“Ia merupakan pengiktirafan kepada kecanggihan teknikal luar biasa sesebuah dokumen dan bagi menggalakkan yang terbaik dalam sistem infrastruktur serta pelaksanaan skim pasport kerajaan atau kad pengenalan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai negara pertama di dunia yang membangun dan memperkenalkan ePassport pada 1998, versi baharu ePassport Malaysia dilancarkan pada November 2017 telah mempertingkatkan ciri keselamatan, termasuk cip yang tertanam dalam halaman butiran peribadi polikarbonat.

Kedudukan cip baharu ini, berbanding dengan kedudukan sebelum ini di kulit belakang, menyukarkan pemalsuan maklumat dan membolehkan data dibaca dengan lebih mudah. – BERNAMA

Tags: ePassport
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ePassport Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

06/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan rakyat apabila diiktiraf sebagai yang berinovatif dan terulung dalam kelasnya tersendiri melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd