Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kenali Tetsuya Yamagami, Suspek...

TOKYO - Polis Jepun telah melancarkan siasatan ke atas kes pembunuhan bekas Perdana...

GAMBAR: Design Trak Pikap...

BUAT julung kalinya, Perusahan Otomobil Nasional Holding Bhd (Proton) pada Sabtu mempamerkan sebuah model konsep...

Sebuah Pasar Raya Di...

Penduduk berdekatan sebuah pasar raya di Kangar gempar apabila bangunan satu tingkat itu...

Kehilangan Bella Masih Misteri,...

BATU PAHAT - Siasatan berhubung kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella tetap...

ePassport Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan rakyat apabila diiktiraf sebagai yang berinovatif dan terulung dalam kelasnya tersendiri melalui anugerah ‘Regional ID Document of the year 2018’ yang diterimanya di Persidangan Pencetakan Keselamatan Tinggi Global Asia 2018 di Hanoi, Vietnam pada Selasa.

Sebagai negara pertama di dunia yang membangun dan memperkenalkan ePassport pada 1998, versi baharu Pasport elektronik (ePassport) Malaysia dilancarkan pada November 2017 telah dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk cip yang terbenam dalam halaman butiran peribadi polikarbonat.

ePassport itu dibangunkan bersama oleh Jabatan Imigresen Malayisa dan Datasonic Technologies Sdn Bhd.​​​​​​​

Pekerja swasta Zainizam Mohd Daud, 45, berkata selain memudahkan perjalanan ciri-ciri keselamatan yang canggih menjadikan pasport Malaysia sukar dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita semua tahu bahawa pasport menjadi nadi kepada rakyat Malaysia apabila berada di luar negara, malah menjadi identiti bagi setiap warganegara lain juga ketika berada di negara ini.

“Ia juga amat memudahkan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen sendiri untuk mengesan semua maklumat berkenaan pemegang pasport melalui cip keselamatan,” katanya.

Penjawat awam, Masnor Mastor, 39, turut berbangga dengan pencapaian dan pengiktirafan pasport elektronik Malaysia di peringkat antarabangsa.


“Sudah pasti elemen keselamatan adalah ciri utama yang dititikberatkan setiap negara dan pengiktirafan ini menjadi contoh kepada negara lain.

“Rakyat turut berasa selamat apabila data peribadi dilindungi dengan baik malah ia diperakui sebagai satu produk inovatif yang canggih secara teknikalnya,” kata beliau.​​​​​​​

Ahli perniagaan Shazlina Mohamad, 29, yang sering berulang alik ke Bangkok, Thailand atas urusan perniagaan mengakui ePasport memudahkan perjalanannya.

“Saya tidak perlu menunggu lama di kaunter imigresen kerana mesin pengimbas dapat mengenal pasti identiti saya dengan cepat,” katanya.

Ciri-ciri keselamatan terkini yang dinaik taraf termasuk cip tertanam dalam laman butiran peribadi polikarbonat membuatkan passport ini lebih sukar untuk dipalsukan dan membolehkan data dibaca dengan lebih mudah. – BERNAMA

Kategori