• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia beri kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes terdapat pihak ingin menjatuhkannya.

Katanya beliau tidak mempunyai masalah untuk memberi keterangan setakat pengetahuannya memandangkan beliau tidak mengetahui dengan jelas isu yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

“…. kerana saya tak tahu apa cerita (isu menjatuhkan menteri besar), jadi saya cuma boleh beritahu apa yang saya tahu, apa yang saya baca,” katanya ketika diminta mengulas laporan SPRM Perak telah membuka kertas siasatan dan akan menjalankan siasatan mengenai perkara berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2018 yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman di sini hari ini.

Semalam, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM Perak mengenai isu fitnah menjatuhkan menteri besar negeri itu.

Selasa lalu,Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri seolah-olah menggambarkan Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan menteri besar.

Bagaimanapun, Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak menafikannya dan menyifatkan tuduhan Saarani sebagai satu ‘cerita kartun’ serta gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal AzumuSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd