• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noripah Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan Noripah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd, diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Noripah menggantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang disingkirkan daripada jawatan itu pada 26 November lepas berikutan keterlibatan beliau dalam Laporan Asal Audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohd Redzuan berkata Noripah pada masa ini adalah Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Berhad dan Top Glove Corporation Berhad serta Pengerusi bersama Majlis Industri Kewangan Islam dan Dewan Perniagaan Malaysia Amerika yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Persatuan Broker Niaga Hadapan Malaysia (MFBA) dan kini menjadi Ahli Jawatankuasa Rayuan Pusat Penyelesaian Industri Sekuriti, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Selain itu, Mohd Redzuan turut mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu.

Beliau berkata kedua-dua pelantikan baharu yang berkuat kuasa serta-merta itu adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan di bawah sub perenggan 1(2) Jadual Pertama, Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 Akta 202.

Menurutnya, pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu Bank Rakyat lainnya akan diumumkan sebaik sahaja dimuktamadkan, tertakluk kepada proses penentusahan ‘layak dan sesuai’ oleh Bank Negara Malaysia selaras dengan seksyen 6 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 Akta 618. – BERNAMA

Tags: Bank Rakyatpengerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik semula sebagai pengerusi badan berkanun iaitu Datuk Mahfuz Omar dan...

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan veteran DAP, Datuk Teng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd