• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emir Qatar Lakukan Lawatan Kerja Ke Malaysia

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dijadual bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melakukan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga 7 Dis.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan tersebut menandakan pertemuan rasmi yang pertama antara Sheikh Tamim dan Dr Mahathir sejak peralihan kerajaan pada Mei tahun ini.

“Ia memberikan peluang terbaik untuk kedua-dua pemimpin membincangkan perkara-perkara dua hala, serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa demi kepentingan bersama,” kata Wisma Putra.

Semasa berada di negara ini, Sheikh Tamim juga akan menghadiri majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamim ketiga di Putrajaya pada Jumaat.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang cemerlang dalam bidang Pencapaian Sepanjang Hayat/Cemerlang; Inovasi; Kreativiti dan keterlibatan Belia serta Penyelidikan Akademik dan Pendidikan.

Sheikh Tamim yang menaiki takhta pada 2013 sebagai Emir Qatar kelapan telah melakukan lawatan sulung ke Malaysia pada Oktober tahun lepas (2017). – BERNAMA

Tags: lawatan kerjaQATAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

29/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di...

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Lawatan Kerja Zahid, Zambry Ke Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan Tinggi

16/02/2024
0

PUTRAJAYA - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd