• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 2,000 Tonton ‘Wheely’ Di Promosi Filem FiTA

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kira-kira 2,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan orang ramai tidak melepaskan peluang menonton filem animasi tempatan ‘Wheely’ di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di kampus utama universiti itu di sini, malam ini.

Tayangan filem itu adalah bersempena Malam Promosi Filem yang merupakan program di bawah Minggu KaryaONE 21 anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM.

Bernama merupakan rakan media strategik untuk acara tahunan tersebut (Minggu KaryaONE 21) yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di DATC.

Seramai 73 anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, turut dibawa khas bagi menonton filem terbitan Kartun Studios itu, yang berada di bawah label KRU International.

Acara sebelum itu dimulakan dengan persembahan khas Tarian Indang oleh penuntut Fakulti Bahasa dan Seni dari Universitas Negeri Padang, Indonesia.

Ketika merasmikan malam promosi filem Wheely, Rektor UiTM Selangor, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed meminta penuntut FiTA menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mengasah bakat, menimba pengalaman dan menambah ilmu dalam aktiviti berkenaan pengurusan filem serta promosi bahan bercorak kreatif.

“Industri kreatif termasuk filem animasi dan teater adalah industri masa depan yang penting untuk ekonomi budaya dan FiTA adalah satu daripada fakulti yang menawarkan kursus yang banyak mempromosi ekonomi budaya di negara ini.

“Yakinlah masa depan industri ini sangat cerah dan semoga siswa siswi ambil kesempatan di FiTA untuk memajukan bakat anda dan cuba jadikan diri anda individu serba boleh,”

Turut hadir pada malam promosi filem itu adalah penasihat KaryaONE 21 yang juga Dekan FiTA, Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen dan pengasas KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim.

Filem Wheely yang ditayangkan di pawagam tempatan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris pada Ogos lalu, diarahkan oleh Carl Mendez sementara idea asal adalah daripada Norman.

Minggu KaryaONE 21 merupakan acara tahunan yang diwujudkan sejak 2010, melibatkan semua penuntut FiTA dari Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda, yang diberi peluang untuk bertanding mengikut kategori iaitu penulisan, perfileman, pementasan teater, animasi dan pengurusan industri kreatif.

Acara bertemakan ‘Celebrating Creativity’ itu turut bermatlamat mengasah bakat dan memahirkan para penuntut dalam bidang masing-masing sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan sebagai penggiat seni kreatif kelak.

Selain Malam Promosi Filem, antara program yang berlangsung sepanjang minggu KaryaONE 21 adalah Wacana Bersama Pemimpin, Wacana Seni Penulisan, Pameran fotografi, karnival mini dan FiTA KaryaONE Awards 2018. – BERNAMA

Tags: FILEMUiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd