• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Pembangunan Perlu Rujuk Rekod Elak Banjir

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jabatan dan agensi terlibat dengan perancangan projek pembangunan disaran merujuk kepada rekod kejadian banjir di kawasan terlibat bagi mengurangkan risiko bencana alam di kawasan itu, kata Anggota Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan berkata meskipun data berkenaan direkodkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 tahun, namun angka yang terdapat dalam data itu boleh digunakan sebagai rujukan bagi mengelak bencana itu berulang pada masa akan datang.

“Kita kena ada perancangan yang betul dan kita tidak boleh kata ini bencana alam yang kita tidak boleh hendak kekang, contoh seperti banjir di daerah Alor Gajah, kena kaji semua apakah paras banjir yang dialami berdasarkan 100 tahun lepas.

Justeru, saya sarankan pihak tertentu menggunakan data (analisis banjir) sedia ada. Pemimpin (wakil rakyat) juga perlu belajar supaya boleh buat pengukuran dengan membina saluran air (lebih sistematik) elak banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kemasyarakatan kepada mangsa banjir Parlimen Alor Gajah di Masjid Ar-Rasyidin, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas berjumlah RM165,000 kepada 550 keluarga mangsa banjir kawasan Parlimen Alor Gajah, bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Mohd Redzuan berkata sumbangan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, minyak dan gula itu dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) kementerian itu.

“Saya sebagai Anggota Parlimen juga secara peribadi menyumbangkan baucar tunai RM500 kepada 327 keluarga daripada jumlah mangsa berkenaan, yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), baru-baru ini,” katanya.

Untuk rekod, Alor Gajah merupakan daerah paling teruk terjejas di Melaka apabila lebih 15 kampung ditenggelami air kira-kira satu meter akibat hujan lebat yang berterusan selama empat jam bermula 1.30 pagi pada Nov lepas.

Kejadian itu merupakan bencana kali kedua yang berlaku di daerah terbabit dalam tahun ini selepas Oktober lepas.
– BERNAMA

Tags: BanjirRekod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd