• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dron Bakal Diguna Rekod Profil Kampung

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan dron akan dipertimbang untuk merekod profil sesebuah kampung khususnya di kawasan pedalaman, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata antara lain ia bertujuan mengatasi masalah kekurangan kakitangan dalam melakukan pemetaan atau merekod maklumat berkaitan infrastruktur, kemajuan dan pembangunan kesemua 17,000 kampung di seluruh negara selain mempercepatkan proses pengumpulan maklumat.

“Penggunaan dron ini masih di peringkat perbincangan tetapi saya berharap ia dapat dilaksanakan bagi memudahkan kita mengetahui keperluan sesebuah kampung dan membuat siasatan lanjut.

“Langkah ini juga boleh membantu kerajaan melengkapkan sepenuhnya data profil kampung yang kini hanya berada pada tahap 80 peratus sahaja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini profil kampung hanya merekodkan maklumat asas tanpa data lengkap terkini seperti bilangan jalan kampung perlu dibaiki dan jumlah jalan baharu yang perlu dibina.

Rina berkata sebagai permulaan, penggunaan dron disasarkan di kampung-kampung di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sememangnya sukar untuk dibuat pemantauan menyeluruh.

Dalam pada itu, Rina berkata program Desa Harapan, yang merupakan inisiatif terbaharu kementerian dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi luar bandar, mendapat maklum balas positif sektor swasta.

Beliau berkata pihak berkenaan yang mana sebahagiannya merupakan syarikat ternama telah menyatakan kesudian untuk bersama kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat desa.

Program yang akan dilancarkan pada 18 Dis ini bukan sahaja tertumpu kepada pengupayaan ekonomi tetapi turut melibatkan soal pendidikan dan kesihatan, katanya. – BERNAMA

Tags: dronRina Mohd Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd