• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes PDRM, Kerajaan Batal Saman UMNO 11 Februari

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman yang dikemukakan UMNO berhubung tuntutan RM116.7 juta milik parti berkenaan yang disita oleh polis di sebuah premis di Pavilion Residences, akan didengar pada 11 Februari depan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili UMNO kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Narkunavathy Sundareson dan Khairul Nizam Mohd Kamal, mewakili PDRM dan kerajaan.

Hariharan berkata sepatutnya hari ini ditetapkan bagi mendengar permohonan UMNO supaya PDRM mengemukakan dokumen berhubung sitaan wang milik parti itu, tetapi mahkamah memutuskan untuk mendengar permohonan bagi membatalkan saman anak guamnya terlebih dahulu.

“Oleh itu, permohonan untuk membatalkan saman akan didengar pada 11 Feb tahun depan dan permohonan UMNO bagi mendapatkan dokumen berhubung sitaan wang ditetapkan untuk sebutan pada tarikh sama,” katanya.

Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan atas alasan UMNO tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman berkenaan selain mendakwa wang yang disita masih dalam siasatan pihak polis.

Pada 3 Okt lepas, UMNO melalui pegawai awamnya Datuk Seri Abd Rauf Yusoh memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen daripada PDRM iaitu salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan berkenaan, salinan senarai wang dan gambar wang yang disita, salinan semua gambar yang disita dan rajah kasar penemuan wang yang disita.

UMNO melalui Abd Rauf memfailkan saman pada 21 Sept lepas dengan menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Sakri Arifin, Penolong Pesuruhjaya Polis JSJK R. Rajagopal, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Dalam penyataan tuntutannya, UMNO antara lain memohon perisytiharan bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan pada 17 Mei lepas adalah salah di sisi undang-undang dan mencabuli hak-hak parti berkenaan.

Plaintif juga memohon perintah supaya wang RM116.7 juta dan wang RM43.3 juta yang juga didakwa milik parti itu dipulangkan kepadanya selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Dakwa plaintif tindakan kesemua defendan itu menyebabkan UMNO kehilangan hak untuk menggunakan dana terbabit serta mengalami kehilangan dan kerugian. – BERNAMA

Tags: PDRMUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd