• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Diminta Segera Tinggalkan BN

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MCA diminta agar segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan UMNO dan komponen parti berbaki untuk membangunkan semula BN.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai parti yang berprinsip, MCA harus lebih ‘berfikiran tetap’ dan tidak berdolak-dalih kerana tindakan seperti ini tidak memudahkan BN untuk ‘move on’ bahkan telah menunda proses rejuvenasi BN.

“Saya sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang membebankan kita di kala kita berada dalam kedudukan paling susut dalam perjalanan politik kita. Dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan kita.

“Keluar sahaja dari BN seperti parti-parti lain yang telah meninggalkan BN tanpa syarat. Keputusan sebegini akan memudahkan UMNO dan komponen parti berbaki untuk membangunkan semula BN.

“Keputusan MCA yang sangat berdolak dalih dilihat mereka masih lagi tidak dapat berpisah selamanya dengan BN… Kerana itu mereka tidak membuat keputusan keluar dari BN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya keputusan perwakilan MCA membubarkan BN adalah sesuatu yang tidak sukar difahami kerana apa jua keputusan perwakilan MCA adalah sesuatu yang dijangka kerana sentimen negatif terhadap BN semakin menebal di kalangan anggota MCA pasca Pilihan Raya Umum ke-14.​​​

Cadangan pembubaran BN oleh MCA tidak akan mengukuhkan sistem dwiparti dalam politik Malaysia, katanya.

Katanya UMNO, MIC, MyPPP dan PBRS telah menegaskan bahawa BN akan terus menjadi platform yang bukan sahaja mereka pertahankan, tetapi juga perjuangkan.

“Parti-parti komponen ini percaya bahawa sistem dua parti dalam arena politik Malaysia mesti diperkuatkan. Mana mungkin pendirian ini tidak diketahui oleh MCA dan perwakilannya. MCA tidak harus mengheret parti komponen lain BN ke dalam polemik dalaman MCA.

“Keputusan untuk membubarkan BN jelas sekali menunjukkan bahawa MCA tidak mahu dilihat meninggalkan BN sendirian. Ia mahu keputusan itu dilakukan secara kolektif oleh BN. Sebabnya MCA tidak mahu dipersalahkan jika keputusan itu dianggap langkah mundur ke belakang dalam mematangkan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Semalam, pada Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu. – BERNAMA

Tags: BNMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd