• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kuil: Polis Cari 28 Saksi

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 28 orang saksi untuk membantu siasatan kes berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, pada Isnin lepas.

​​​​​​​Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd turut memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama berhubung kes berkenaan.​​​

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua saksi itu, diminta menghubungi Ketua JSJ Selangor SAC Fadzil Ahmat di talian 019-6000903 dan Ketua Bahagian JSJ Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya DSP G. Shan Gopal di talian 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan PDRM,” katanya dalam kenyataan harı ini.​​​​​​​

Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini polis telah menahan seramai 58 orang yang terdiri daripada 18 individu bangsa India, dua Cina dan 38 Melayu bagi membantu siasatan kes berkenaan.​​​​​​​

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.​​​

Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam. – BERNAMA

Tags: isu kuilsaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina

Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina

10/11/2025
0

KOTA KINABALU - Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia dan Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah...

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd